Terma & Syarat

Kemaskini terakhir: Mei 2026

1. Penerimaan Terma

Dengan mengakses atau menggunakan platform U-SEARCH, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini. Jika anda tidak bersetuju, sila hentikan penggunaan platform ini.

2. Penggunaan Platform

U-SEARCH adalah platform direktori perniagaan. Pengguna boleh:

  • Mencari dan melihat profil vendor secara percuma
  • Menghubungi vendor melalui WhatsApp (untuk vendor plan Plus & Pro)
  • Meninggalkan ulasan dan rating untuk vendor

Pengguna TIDAK dibenarkan untuk:

  • Menghantar ulasan palsu atau menfitnah
  • Menyalahgunakan maklumat vendor untuk tujuan spam
  • Menggunakan platform untuk aktiviti haram

3. Pendaftaran Vendor

Vendor yang mendaftar di U-SEARCH bersetuju bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini. U-SEARCH berhak untuk memadam atau menangguhkan sebarang profil yang melanggar terma ini tanpa notis awal.

Vendor bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat, gambar, dan kandungan yang dimuat naik ke platform.

4. Langganan dan Bayaran

Pakej Plus dan Pro memerlukan langganan berbayar. Bayaran adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan kecuali dalam keadaan tertentu yang dipersetujui oleh pihak pengurusan U-SEARCH.

Langganan akan tamat pada tarikh yang ditetapkan dan profil akan diturunkan ke pelan Free secara automatik selepas tarikh tamat jika tiada pembaharuan dilakukan.

5. Ulasan Pengguna

Ulasan yang dihantar oleh pengguna akan disemak oleh admin sebelum dipaparkan. U-SEARCH berhak untuk menolak atau memadam sebarang ulasan yang dianggap tidak sesuai, mengandungi kata-kata kesat, atau tidak berkaitan dengan perkhidmatan vendor.

6. Had Tanggungjawab

U-SEARCH bertindak sebagai platform perantara sahaja. Kami tidak menjamin kualiti perkhidmatan mana-mana vendor yang tersenarai. Sebarang transaksi atau urusan antara pelanggan dan vendor adalah tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat.

7. Perubahan Terma

U-SEARCH berhak untuk mengubah Terma & Syarat ini pada bila-bila masa. Penggunaan berterusan platform ini selepas perubahan bermaksud anda menerima terma yang telah dikemas kini.

8. Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terma ini, sila hubungi:

WhatsApp Admin U-SEARCH